Dear viewers, the postings in this blog are real life stories, experiences, testimonies, interviews,
human interest articles, pictures,news cuttings, motivational and inspirational messages and also poems.

Sunday, May 13, 2012


PARA ibu adalah benar-benar anugerah Tuhan kepada manusia untuk mempamerkan kasih sayang-Nya terhadap kita.

Ibu saya, P.Indra yang akan berusia 67 tahun pada bulan November ini, telah menjadi kekuatan besar kepada saya dan seluruh keluarga kami. Dia sering memberi dorongan dan bersama saya pada masa yang baik dan juga buruk.

Beliau memberikan semua yang sekadar mampu untuk mendidik, mendorong dan menggalakkan saya selain dua adik lelaki saya yang lain dan juga seorang adik perempuan sehingga kita berjaya dalam perihal tersendiri. 

Dia tidak pernah lesu untuk berkhidmat untuk keluarga kami dan sentiasa mengajar kami untuk menghormati orang lain dan cinta satu sama lain.

Sebagai anak sulung, saya pernah menyaksikan bagaimana ibu saya bersama-sama ayah saya bekerja siang dan malam untuk menyara keluarga kami sehingga kami membesar dan mendapat pekerjaan sendiri. 

Beliau juga pernah melibatkan diri dalam beberapa perniagaan MLM walaupun selepas ayah saya yang sakit meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Ketika ayah saya menderita dengan penyakit kencing manis dan juga selepas kakinya dipotong, ibu sering menjaga dan merawatnya di rumah tanpa merungut sehinggalah dia meninggal dunia kira-kira tiga tahun kemudian. 

Saya tahu bagaimana ibu saya mengorbankan banyak perkara semata-mata untuk memastikan seisi keluarga kami gembira. Sumbangan beliau kepada seluruh keluarga adalah satu kisah benar yang tidak berkesudahan.

Sempena perayaan Hari Ibu, saya ingin mengambil peluang untuk mengemukakan puisi dari hati kepada ibu tercinta saya dan juga para ibu sedunia.

Cinta Mama

Pabila seorang anak lahir ke bumi
Sembilan bulan penuh kesakitan...hilang dalam sekelip mata;
Hanya air mata membasahi pipinya
Bukan kerana takut tapi kerana gembira yang tak terhingga

Sebaik saja dia melihat bayinya
Berlumuran dalam darah - warna cintanya
Dia menukar ganti penderitaannya dengan kegembiraan,
Syukur menerima sebuah hadiah istimewa dari syurga

Walau beribu persoalan berkeliaran dalam benaknya
Bermacam-macam fikiran tentang masa depan
Tetapi dia bangun dengan kekuatan baru
Setiap kali dia mendengar tangisan anaknya

Dengan penuh berahi
Dia menghulur payudaranya menyuap generasi baru
Menyaksikan benih itu berkembang
Dari kekuatan demi kekuatan
Sehingga ia menjadi pohon yang berbuah

Oh mama, pabila anda tersenyum
Si kecilmu tertawa
Pabila anda berbicara
Ia menyalakan lilin dalam sanubari;
Suara bonda mendewasakan insani
Dan kasih sayangnya bukan palsu

Mama, pabila anda gembira
Segenap rumah bercahaya
Tetapi pabila anda menangis
Tiada siapa tahu mengapa ...
Kehadiran anda penuh dengan wangian
Dan kasih sayang anda seumpama perubatan

Mama, saya cintamu kerana...
Cintamu mendahuluiku dan mempengaruhiku!


Penghormatan yang setinggi-tinggi kepada para ibu termasuk isteri saya, Josephine (ibu kepada tiga anak-anak yang berharga) dan juga kepada semua bakal ibu. Selamat Hari Ibu! Tuhan memberkati anda semua. Salam sejahtera!

Kumarathevan Balakrishnan

No comments:

Post a Comment